Wednesday, December 29, 2010

Saya mempunyai simptom kanser - Shahir

JUARA Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir sudah bikin panas dalam industri hiburan. Bukan disebabkan pencapaian yang membanggakan tetapi suhunya menggelegak apabila dia dikatakan tidak berdisiplin. Bermula dengan membatalkan sesi fotografi mengikut suka hati, meminta bayaran ketika diminta mengadakan fotografi dan yang terbaru, suka menghilangkan diri tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. 

Sikap tidak bertanggungjawab itu membuatkan banyak pihak pening termasuk pengurusannya. Khabarnya disebabkan masalah itu, terdengar ura-ura yang kononnya penganjur Anugerah Juara Lagu mahu menggantikannya dengan penyanyi lain.
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Shahir membuat pengakuan kepada Hip bahawa kehilangannya itu bukanlah kerana disengajakan tetapi disebabkan kesakitan yang dialaminya. Malah ketika temubual ini dibuat, Shahir baru saja selesai menjalani pemeriksaan kesihatan. Sambil memohon maaf atas apa yang berlaku, dia mengharapkan penjelasannya kali ini dapat memadamkan semua tuduhan yang tidak berasas sekali gus membersihkan kembali nama dan reputasinya yang sudah tercalar gara-gara gosip liar itu. 


Hip: Ramai yang tertanya-tanya ke mana Shahir menghilang sebelum ini?

Shahir:
Saya tidak hilang. Saya mendiamkan diri kerana pada masa itu berada dalam keadaan amat tertekan. Jiwa saya tak tenang selepas mendapat tahu yang saya mempunyai simptom kanser selepas menjalani pemeriksaan perubatan. Sebelum ini saya pernah dimasukkan ke dalam wad. Selepas menjalani pemeriksaan darah, doktor mengatakan yang saya mempunyai tanda-tanda penyakit kronik. Ketika itulah perasaan saya berperang dengan pelbagai andaian buruk. Saya dikatakan mempunyai potensi untuk mendapat kanser. Sebaik saja dimaklumkan doktor, saya tak tahu nak buat apa. Dalam fikiran hanya terbayang mati saja. Disebabkan itulah saya lebih selesa mendiamkan diri kerana fikiran amat runsing ketika itu. Lebih merisaukan bagaimana jika keluarga saya mendapat tahu perkara ini, terutama bapa saya. Sudahlah dia ada darah tinggi. Bimbang juga jika berita buruk ini membuatkan penyakitnya bertambah teruk. Jadi disebabkan tidak mahu perkara ini kecoh, saya fikir lebih baik saya mendiamkan diri saja dan mencari jalan untuk mengubat penyakit ini.

Source : Berita Harian

No comments:

Post a Comment