Tuesday, January 4, 2011

Bayar duLu baru duduK ..

Tempat masukkan duit

Masukkan duit

Nampak duri besi tue ?? kalo tertusuk .. pergghh

Dah masukkan duit , automatik besi masuk ke dalam

Baru ley duduk ~

Sunday, January 2, 2011

Asap kan dapur anda dgn Laksa Sarawak

Ok .. da kol 330 .. hr ahad ... ape ko org biasa wat hr ahad ? duk umah ? rilex2 ? @ ade yg minat masak .. g dapo .. masak sndiri .. (biasa .. kalo time weekdays .. mmg dapur x berasap lah <-- kes bujang) .. kalo yg status mak ayah konpem hr nie bz  .. dak da nk daftar skolah ... Boring2 lak x dpt tito pg2 buta nie .. hmm .. ingat pg nnti nk masak laksa srwk .. tetiba lak rasa nk mkn .. so ko org yg saje dok lepak kat umah xde keje .. ley aa try resepi nih ... nie ori dr aku ok .. kalo x sedap ko org la x pandai masak .. sah ! .. aku buat mmg sedap jek ... setaraf hotel 5 bintang .. hee =P

ok2 .. aku senarai kan dlu bahan2 yg di perlukan ... bahan utama haruslah pes laksa .. ikut suke ko org la ek .. nk yg instant (ready made <-- beli kat kedai laa) @ home made ... x pasti kalo kat "malaya" ade jual x .. ade x kwn2? .. x pasti aku .. tp biasa aku pkai instant je .. rasa sama kot ...

ok kita mula ngan home made laksa paste la ek ..

HOME MADE


(dikisar halus menjadi pes)
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering (di buang biji , direndam sehingga lembut)
1/2 kiub belacan
1/2 kacang tanah , di goreng dan di tumbuk
1/2 bijan , di goreng tanpa minyak


READY MADE / INSTANT(beli dr kedai)

Ada mcm2 jenis kat pasaran ... nie slh 1


Bahan - bahan (kuah) :
Perencah Laksa Sarawak
2.5 liter air - ikut brapa bnyk paste yg d pakai
Santan - 1 tin
Ubi manis / karibang manis - 3 /4 biji
   
 Krimer Sejat F&N
Pes otak udang

Cara memasak kuah laksa :
1)Ubi manis d rebus sehingga lembut , d buang kulit dan d kisar halus . 
2)Masak Perencah Laksa Sarawak dengan 2.5 liter air . Sesudah siap .. tapis airnya .. buang hasil tapisan dan masak kembali airnya (ini yang pakai instant pes .. yg main beli 2 .. kalo wat sendiri ... pes 2 td ko orang tumis smp naik bau dgn minyak secukup rasa .. agak2 lah ye .. lps 2 br tambah air).
3)Masukkan ubi manis yang telah di kisar halus .
4)Masukkan paste otak udang 2 / 3 sudu.
5)Masukkan 1/2 Krimer Sejat dan Santan.
6)Garam dan aji secukup rasa.

*Tambah air jika perlu (tidak terlalu pekat / cair) . Guna asam gelugur jika suka . Masak sehingga santan sebati dgn kuah .

Bahan - bahan untuk isi (ikut suka) :
Isi ayam - di rebus dan diracik
Crabstick - di rebus
Udang - di rebus
Taugeh - di rebus
Telur - di goreng dan di hiris nipis2
Sambal belacan
Limau nipis



TaDaaaaa Siap dah Laksa Sarawak .... Selamat Mencuba !!



Dugaan meresahi
Diriku kini
Gelora fikiran meronta
Cari yang pasti

Antara kita
Ada sinar cinta yang resah
Kurasai demi keranamu kasih
Kasih padamu

Mengalir dalam diriku
serupa dengan dirimu
Ia membara
Membakar jiwa

Relaku korbankan cinta
Agar dikau capai bahagia
Pada dirimu
Ada diriku
Walaupun cinta terluka
Kupendam segalanya
Demi untuk dirimu
Ku berserah

Antara kita
Tersimpan naluri berbeza
Telah mekar
Dibelai dibawah
Rumpun serupa

Untukmu kukorbankan segalanya
Agar kau tiada curiga
Merintang Kasih
Padamu jua kukorbankan cinta

p/s : aku time karok plg suka bwak lagu ziana zain @ lagu2 rock era 80an and 90an .. wlaupon sora x smp pon .. pecah.. haha 

SiLenT MoDe

Today .. im too busy with my stuffs so, im officially anouncing this 'silent mode' .. usually im hyperactive and talkactive ... So when i said im activate this silent mode .. its means vice versa .. and its really seldom to happen . Theres a lot of things to do before this stupid headache kill me ... Well .. today i've got a good news to share with u guys  .. from now on ... im having my own bedroom ... yuuhuuuuu <-- Childish ... That's what i call as privacy XD .. but im gonna miss my two little sisters (two little monsters who love to mess up my stuffs and im the one to be blamed - mom) who used to accompany me before ...







Yeahhhhhh ... FREEDOMMMMMMMMMMM

Saturday, January 1, 2011

Ella Wheeler Wilcox

 
 
What can be said in New Year rhymes,
That's not been said a thousand times?
The new years come, the old years go,
We know we dream, we dream we know.
We rise up laughing with the light,
We lie down weeping with the night.
We hug the world until it stings,
We curse it then and sigh for wings.
We live, we love, we woo, we wed,
We wreathe our prides, we sheet our dead.
We laugh, we weep, we hope, we fear,
And that's the burden of a year.


1/1/11


It’s been more than 5 hours in 2011 . The first thing I thought about New Year was that I am very grateful that I can enter this year 2011 . I remembered a preacher told me that we have to give thanks to be able entering new year, because not many people can have the opportunity. This sounds positive rather than skeptical for me .
Well, many things can be put in to review from 2010, but I am rather tired now. I don’t want to talk about it here right now, instead, I just want to wish you ...

12 months HAPPINESS,
52 weeks LOVE,
365 days SUCCESS,
8760 hours GOOD HEALTH,
525600 minutes GOOD LUCK,
31536000
SeConDs FUN
HAPPY NEW YEAR

We will open the book. Its pages are blank. We are going to put words on them ourselves. The book is called "Opportunity" and its first chapter is New Year's Day.


p/s : Happy New Year wat mak angkat .. mama Fyna yg nun jauh d Selangor  .... And tQ very much for those who send me this very beautiful picture of firecrackers <-- usually from tagged , fb and fs .. and those who do send me a msg and gv me a call just to wish me "Happy New Year" .. Thanks =D .. Really appreciate it .. i LoVe u Guys (and girls) ..

Friday, December 31, 2010

Fahmi tahu rahsia Kapten Indon , Bonus lumayan dan Media Indon hilang "Ghairah"



FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.
KHAIRUL Fahmi Che Mat mengulangi betapa dia menghargai teguran penting K Rajagobal tempoh hari ketika menyelamatkan sepakan penalti Indonesia pada minit ke-18 yang menjadi penentu kejayaan skuad negara menjulang trofi Piala Suzuki, malam kelmarin.

“Saya masih ingat apa coach kata - “Fahmi, penalti Indonesia biasanya akan diambil kaptennya, (Firman Utina). Dua kali sebelum ini dia tendang ke kanan, iaitu ke kiri kamu, tetapi dalam permainan nanti kamu boleh buat keputusan sendiri.” Saya pegang kata-kata itu dengan baik, kata penjaga gol utama negara itu. Dia tidak menolak kemungkinan selepas menyelamatkan gawang pasukan, dia dan rakan bertambah semangat untuk mempertahankan kedudukan agregat 3-0 ketika itu dan ia mengubah wajah cabaran skuad. Ketika Firman tampil untuk mengambil sepakan, latihan ketika di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jakarta terbayang di mindanya. Hasilnya, sepakan Firman tepat ke kanan Fahmi dan dia dengan mudah menafikan gol awal Indonesia.

“Kejayaan menyekat sepakan penalti itu menambah lagi keyakinan kami untuk terus mempertahankan gawang negara,” kata Fahmi yang menjadikan bekas penjaga gol Azmin Azram dan Shahizan Ismail sebagai idolanya.

“Saya masih ingat pesan Rajagobal pada sesi latihan lalu. Ternyata ramalannya tepat. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga menjadi juara.”

Fahmi yang meraih gelaran kedua, musim ini selepas membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia berkata kejayaan pasukan negara bukan kerana faktor dia sahaja malah menghambur pujian kepada rakan barisan pertahanan yang turut berfungsi hebat.
“Saya harap kejayaan ini tidak berhenti setakat ini. Masih banyak kejohanan yang perlu diharungi dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Ini baru permulaannya,” kata Fahmi. 




DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.
Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin

BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat
habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan. “Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.

Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.

Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.

Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan. 




NADA berbeza akhbar Indonesia sebelum (gambar atas) dan selepas (bawah) melaporkan perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 uyang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin.
Sebahagian akhbar lantang mahu Ketua PSSI berundur

LAPORAN muka depan media tempatan hari ini tidak sepanas sebelumnya, dengan rata-rata akhbar harian utama cuba meniupkan semangat 'Garuda Di Dadaku' selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Malaysia kelmarin. Walaupun gagal menjulang Piala Suzuki AFF selepas empat kali percubaan di final, Indonesia yang terkenal dengan jolokan Garuda itu menganggap kejohanan kali ini sebagai titik kebangkitan bola sepak negara itu. “Belum jadi juara tapi Garuda menang,” lapor akhbar Rakyat Merdeka di muka depannya. Kemenangan 2-1 ke atas Malaysia kelmarin ditonjolkan sebagai isi utama berita bagi menebus kekecewaan sekali lagi muncul naib juara.

Namun sebahagian akhbar masih lantang menyuruh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid supaya meletak jawatan, walaupun pencapaian skuad Garuda tahun ini boleh dianggap membanggakan.

“Nurdin turun!” Laung akhbar sukan pertama di Indonesia, TopSkor yang sepanjang sebulan kejohanan berlangsung agak lantang dan terperinci dalam laporan hariannya.

Akhbar Berita Kota turut menyuarakan nada sama dengan tajuk “Malaysia juara, Nurdin Halid dicerca”, dan turut meminta seluruh persatuan dan pasukan bola sepak negara itu dirombak secara menyeluruh.
Bagaimanapun kedudukan Alfred Riedl sebagai jurulatih masih dituntut sebahagian besar rakyat Indonesia. Akhbar Pos Kota sekadar melaungkan “Garuda di dadaku” dan “Riedl yes (ya), Nurdin no (tidak)”.

Source : Berita Harian