FAHMI ketika menyelamatkan sepakan penalti diambil Firman dalam perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF, malam kelmarin.
KHAIRUL Fahmi Che Mat mengulangi betapa dia menghargai teguran penting K Rajagobal tempoh hari ketika menyelamatkan sepakan penalti Indonesia pada minit ke-18 yang menjadi penentu kejayaan skuad negara menjulang trofi Piala Suzuki, malam kelmarin.
“Saya masih ingat apa coach kata - “Fahmi, penalti Indonesia biasanya akan diambil kaptennya, (Firman Utina). Dua kali sebelum ini dia tendang ke kanan, iaitu ke kiri kamu, tetapi dalam permainan nanti kamu boleh buat keputusan sendiri.” Saya pegang kata-kata itu dengan baik, kata penjaga gol utama negara itu. Dia tidak menolak kemungkinan selepas menyelamatkan gawang pasukan, dia dan rakan bertambah semangat untuk mempertahankan kedudukan agregat 3-0 ketika itu dan ia mengubah wajah cabaran skuad. Ketika Firman tampil untuk mengambil sepakan, latihan ketika di Wisma FAM sebelum berangkat ke Jakarta terbayang di mindanya. Hasilnya, sepakan Firman tepat ke kanan Fahmi dan dia dengan mudah menafikan gol awal Indonesia.
“Kejayaan menyekat sepakan penalti itu menambah lagi keyakinan kami untuk terus mempertahankan gawang negara,” kata Fahmi yang menjadikan bekas penjaga gol Azmin Azram dan Shahizan Ismail sebagai idolanya.
“Saya masih ingat pesan Rajagobal pada sesi latihan lalu. Ternyata ramalannya tepat. Saya berterima kasih kepada jurulatih yang banyak memberi tunjuk ajar kepada kami sehingga menjadi juara.”
Fahmi yang meraih gelaran kedua, musim ini selepas membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia berkata kejayaan pasukan negara bukan kerana faktor dia sahaja malah menghambur pujian kepada rakan barisan pertahanan yang turut berfungsi hebat.
“Saya harap kejayaan ini tidak berhenti setakat ini. Masih banyak kejohanan yang perlu diharungi dalam mengembalikan kegemilangan bola sepak negara. Ini baru permulaannya,” kata Fahmi.
DUA wira negara, kapten, Safiq Rahim (kiri) dan peledak terbanyak kejohanan, Safee Sali memperaga trofi di KLIA, petang semalam.
Bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi: Azzuddin
BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata presiden persatuan, Sultan Ahmad Shah akan membuat satu pengumuman penting mengenai ganjaran menarik itu setibanya pulang ke tanah air, minggu depan. “Tuanku seorang yang sangat bermurah hati dan tidak berkira dengan pemain negara. Apa yang pasti bonus bakal diterima pemain kita nanti agak tinggi,” katanya selepas menyambut skuad negara yang pulang ke tanah air, semalam selepas menewaskan Indonesia dalam final di Stadium Gelora Bung Karno.
Angka besar yang bakal menggembungkan kocek pemain negara itu berpandu kepada perkiraan kasar hadiah kemenangan AS$100,000 (RM308,450) andai dibahagikan sama rata kepada 22 pemain serta RM5,000 setiap orang daripada Kementerian Belia dan Sukan dan RM4,000 setiap orang menerusi Tabung Akujanji Ganjaran Skuad Negara setakat ini.
Berpandu kepada kejayaan bersejarah itu, angka itu mungkin bertambah dengan FAM juga mungkin bermurah hati menambah wang sendiri buat menceriakan pemain kebangsaan sebagai satu penghargaan mengharumkan nama badan induk itu di pentas global.
Sementara itu, Azzuddin berkata skuad negara akan dikekalkan namun dalam masa yang sama tidak menutup pintu memasukkan lebih ramai bakat baru pada masa depan.
NADA berbeza akhbar Indonesia sebelum (gambar atas) dan selepas (bawah) melaporkan perlawanan final Piala Suzuki AFF 2010 uyang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, kelmarin.
Sebahagian akhbar lantang mahu Ketua PSSI berundur
LAPORAN muka depan media tempatan hari ini tidak sepanas sebelumnya, dengan rata-rata akhbar harian utama cuba meniupkan semangat 'Garuda Di Dadaku' selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Malaysia kelmarin. Walaupun gagal menjulang Piala Suzuki AFF selepas empat kali percubaan di final, Indonesia yang terkenal dengan jolokan Garuda itu menganggap kejohanan kali ini sebagai titik kebangkitan bola sepak negara itu. “Belum jadi juara tapi Garuda menang,” lapor akhbar Rakyat Merdeka di muka depannya. Kemenangan 2-1 ke atas Malaysia kelmarin ditonjolkan sebagai isi utama berita bagi menebus kekecewaan sekali lagi muncul naib juara.
Namun sebahagian akhbar masih lantang menyuruh Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Nurdin Halid supaya meletak jawatan, walaupun pencapaian skuad Garuda tahun ini boleh dianggap membanggakan.
“Nurdin turun!” Laung akhbar sukan pertama di Indonesia, TopSkor yang sepanjang sebulan kejohanan berlangsung agak lantang dan terperinci dalam laporan hariannya.
Akhbar Berita Kota turut menyuarakan nada sama dengan tajuk “Malaysia juara, Nurdin Halid dicerca”, dan turut meminta seluruh persatuan dan pasukan bola sepak negara itu dirombak secara menyeluruh.
Bagaimanapun kedudukan Alfred Riedl sebagai jurulatih masih dituntut sebahagian besar rakyat Indonesia. Akhbar Pos Kota sekadar melaungkan “Garuda di dadaku” dan “Riedl yes (ya), Nurdin no (tidak)”.
Source : Berita Harian
Berita Utama
Eksklusif: IPT mula September KUALA LUMPUR: Sesi kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi (IPT) dijangka berubah daripada Julai kepada September, berikutan langkah Kementerian Pengajian Tinggi untuk memperkenalkan sistem kalendar akademik yang baru mulai tahun depan. [+]
Fahmi tahu rahsia kapten Indonesia KHAIRUL Fahmi Che Mat mengulangi betapa dia menghargai teguran penting K Rajagobal tempoh hari ketika menyelamatkan sepakan penalti Indonesia pada minit ke-18 yang menjadi penentu kejayaan skuad negara menjulang trofi Piala Suzuki, malam kelmarin. [+]
|
Nasional
'Sukan perlu sokongan berterusan' KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia bersama-sama terus menyokong pasukan sukan negara dengan rasa bangga, bukan saja ketika mereka mengecapi kemenangan, tetapi ketika berhadapan kekecewaan. [+]
MTUC perlu bebas pengaruh parti politik KUALA LUMPUR: Kekalahan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) kelmarin dilihat sebagai petanda awal dasar dan program transformasi kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak mula diterima rakyat khususnya golongan pekerja. [+]
Chow Kit lubuk tiket penerbangan KUALA LUMPUR: Sekitar kawasan Chow Kit dan Kampung Baru di ibu negara dikesan menjadi lubuk penjualan tiket penerbangan ke pelbagai destinasi luar negara dan tempatan oleh premis perniagaan tidak berdaftar sebagai agensi pengembaraan sah kepada pekerja asing, terutama dari Indonesia. [+]
5,000 penyokong sambut wira negara di KLIA SEPANG: Hampir 5,000 penyokong pasukan bola sepak negara membanjiri balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam bagi menyambut skuad Harimau Malaya yang tiba di tanah air selepas menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, Indonesia, malam kelmarin. [+]
Khairul, Aimie tangguh tunang KUALA LUMPUR: Penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat menangguhkan rancangan bertunang dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi yang dijadual November lalu semata-mata memberi tumpuan kepada pasukan Harimau Malaya yang menjuarai Piala Suzuki AFF, malam kelmarin. [+]
Terengganu sekolah Isnin KUALA TERENGGANU: Sesi persekolahan di Terengganu bermula pada Isnin ini, lewat sehari daripada jadual asal pada 2 Januari, apabila kerajaan negeri semalam mengumumkan Ahad sebagai cuti umum. [+]
Pemuda UMNO mahu bersemuka pengundi BATU GAJAH: Pergerakan Pemuda UMNO akan menggunakan pendekatan bersemuka dengan setiap pengundi ketika berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor, bulan depan. [+]
Majikan enggan bayar cuti umum perlu dilapor KUALA LUMPUR: Pekerja yang tidak dibenarkan bercuti atau tidak dibayar dengan kadar upah cuti umum hari ini oleh majikannya boleh melaporkan perkara berkenaan kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk siasatan dan tindakan lanjut. [+]
Tiket bunga api Menara KL KUALA LUMPUR: Dengan harga serendah RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak, orang ramai berpeluang menyaksikan pemandangan percikan bunga api di sekitar ibu kota dari Pelantar Pemandangan Menara Kuala Lumpur di sini, sempena sambutan Tahun Baru 2011, tengah malam ini. [+]
Tiga terbunuh dua kereta bertembung IPOH: Tiga termasuk sepasang suami isteri maut manakala dua anak perempuan pasangan itu cedera selepas dua kereta bertembung di Kilometer 10, Lebuh Raya Timur-Barat, berdekatan Hentian Sungai Lebey, Grik, 140 kilometer dari sini, kelmarin. [+]
Tiga kena cekup cuba curi kereta KUALA LUMPUR: Dua lelaki termasuk seorang pemandu teksi hanya sempat melarikan sebuah Proton Wira yang dicuri mereka selama beberapa minit sebelum ditahan polis dalam kejadian berdekatan hentian Puduraya di sini, malam kelmarin. [+]
Sarang pelacur diroboh kali ke-10 KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 premis di Jalan Petaling dan Silang di sini dikesan menjadi sarang pelacuran sejak beberapa bulan lalu dirobohkan buat kali ke-10 dalam operasi membasmi kegiatan pelacuran, semalam. [+]
KPKK pergiat program hayati 1Malaysia KUALA LUMPUR: Dalam era internet, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berdepan cabaran besar membentuk pandangan umum, perpaduan rakyat dan memelihara jati diri bangsa. [+]
TBS-BTS tetap operasi hari ini KUALA LUMPUR: Operasi Terminal Bersepadu Selatan - Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) membabitkan perkhidmatan bas ekspres ke selatan tanah air tetap bermula esok, namun pengagihan ruang perniagaan ditangguhkan sementara berikutan rungutan kadar sewa bulanan tinggi di 44 ruang niaga dan restoran di situ. [+]
HUSM disaman RM8j didakwa jadi punca kematian isteri KOTA BHARU: Seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), semalam memfailkan saman RM8 juta terhadap Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan dua yang lain berikutan kematian isterinya di hospital berkenaan selepas melahirkan anaknya, September lalu. [+]
Gaya hidup tak aktif punca obes PEMAKANAN yang tidak sihat adalah apabila makanan atau minuman yang diambil mengandungi lemak, gula dan garam yang tinggi ditambah pula dengan gaya hidup tidak cergas kini menjadi penyumbang utama penyakit tidak berjangkit (NCD). [+]
Hotel Zenith, SASICC dibuka KUANTAN: Hotel Zenith dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) bakal dibuka secara rasmi esok bakal menjadi mercu tanda baru di bandar ini yang menyediakan pelbagai kemudahan hotel bertaraf lima bintang, termasuk bilik persidangan dan pameran terbesar di Pantai Timur. [+]
|
Wilayah
Johor: Bimbang udara tercemar KULAIJAYA: Penduduk Kampung Bahagia, Felda Taib Andak, di sini mula bimbang dengan masalah pencemaran udara yang melanda kampung mereka. [+]
|
Sukan
'RM25,000 setiap pemain' BONUS lumayan – sekitar RM25,000 – menunggu wira skuad Harimau Malaya pimpinan K Rajagobal yang mengerah keringat habis-habisan menamatkan kemarau 14 tahun menjuarai Piala Suzuki AFF di Jakarta, kelmarin. [+]
Ini baru permulaan: Raja PADA firasat K Rajagobal, skuad bola sepak negara yang baru menjuarai Piala Suzuki AFF mustahil dapat berkembang maju tanpa sokongan padu media dan masyarakat. [+]
Media Indonesia hilang 'ghairah' LAPORAN muka depan media tempatan hari ini tidak sepanas sebelumnya, dengan rata-rata akhbar harian utama cuba meniupkan semangat 'Garuda Di Dadaku' selepas tewas secara agregat 4-2 kepada Malaysia kelmarin. [+]
Arsenal persia peluang LONDON: Arsenal terlepas peluang untuk melonjak ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas gagal mengekalkan pendahuluan dalam keputusan seri 2-2 menentang Wigan Athletic yang beraksi dengan 10 pemain di Stadium DW, kelmarin. [+]
'Saya mahu contohi Sapok' "SAYA mahu jadi seperti Sapok Biki dan Prince Naseem Hamed." Itulah azam peninju muda dari Selangor, Mohd Shahril Razni yang mahu berjaya dan mengikuti jejak langkah dua jaguh sukan tinju itu merangkul pelbagai kejuaraan di peringkat antarabangsa. [+]
|
Dunia
Bekas Presiden Israel bersalah merogol BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun. [+]
Cubaan bom syarikat akhbar Denmark gagal COPENHAGEN: Polis Denmark dan Sweden berjaya menggagalkan serangan pengganas beberapa jam sebelum ia dilakukan dan menahan lima lelaki yang mengaku merancang menembak seberapa ramai mangsa di sebuah bangunan menempatkan bilik berita akhbar Jyllands-Posten kerana menyiarkan kartun Nabi Muhammad SAW. [+]
Doktor dakwa Jackson bunuh diri LOS ANGELES: Peguam bela doktor yang dituduh menyebabkan kematian penyanyi pop terkenal Michael Jackson, mungkin mendakwa bahawa penyanyi itu membunuh diri apabila perbicaraan bermula minggu depan, kata pegawai pendakwa, semalam. [+]
Macam-macam: Wanita maut mesin urut hilang kawalan MIAMI: Seorang wanita di Florida semalam berkemungkinan besar maut disebabkan mesin urut leher yang digunakannya hilang kawalan dan menjerat lehernya, kata penyiasat jabatan syerif Broward County. [+]
China tutup 60,000 laman web lucah BEIJING: China sudah menutup lebih 60,000 laman web lucah tahun ini dan menahan sekurang-kurangnya 5,000 suspek sambil berikrar akan meneruskan usaha membanteras laman web tidak bermoral serta bahan lucah yang disebarkan melalui telefon bimbit. [+]
Gigi 400,000 tahun dijumpai di Israel TEL AVIV: Penemuan gigi manusia berusia kira-kira 400,000 tahun di sebuah gua di timur Tel Aviv, boleh menjadi bukti tertua kewujudan spesies manusia dan mencabar andaian saintifik semasa manusia berasal dari Afrika. [+]
20 pemuda serang wartawan Maluku PALU: Sekumpulan pemuda yang marah mengenai satu laporan media menyerbu sebuah pejabat akhbar dan membelasah tiga wartawan selepas gagal menemui penulis berita itu. [+]
Katrina kembali kepada Salman MUMBAI: Khabar angin bertiup kencang di Bollywood, menyatakan bahawa aktres seksi Katrina Kaif sudah kembali semula ke pangkuan bekas kekasihnya yang juga pelakon terkenal, Salman Khan. [+]
|
Ekonomi
FBM KLCI naik 16.2 peratus BURSA Malaysia mengakhiri dagangannya bagi 2010 dengan menyaksikan penanda aras utamanya, Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur (FBM KLCI) meningkat 16.2 peratus atau 246.13 mata apabila ditutup pada paras 1,518.91 mata semalam daripada 1,272.78 mata pada hari dagangan terakhirnya untuk 2009. [+]
Ringgit tunjuk prestasi kukuh 2010 NILAI ringgit mengalami turun dan naiknya, tetapi pada 2010, mata wang tempatan itu telah mencatatkan antara prestasi terbaiknya. [+]
6 pasar raya besar Giant dibuka 2011 GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd akan membuka enam lagi cawangan pasar raya besar Giant tahun depan bagi mengukuhkan lagi penguasaan dalam pasaran runcit tempatan. [+]
|
HIP
Maher mungkir janji? SEJAK namanya mendaki puncak populariti, penyanyi kelahiran Lubnan ini tak henti-henti dilanda dugaan. Dengan imej bersih yang dibawanya ditambah lagu bercorak keislaman yang disajikan kepada peminat membuatkan banyak mata yang memerhati. [+]
Di mana tudung Lydiawati? KELIBAT Lydiawati yang tampil dengan skaf jaring rona putih dan bergaya ranggi dengan seluar jeans ketika menghadiri majlis sidang media pelancaran drama Ustaz Amirul, mengundang perhatian. [+]
Rosyam 'buang' dua peserta MINGGU ketiga Pentas Pilih Kasih memang mengejutkan penonton apabila penerbit program realiti ini, Rosyam Nor membuat keputusan di luar jangkaan apabila dua pesertanya sekali gus. [+]
Dengarnya... Salina belum pasti dipentaskan MINGGU lalu Istana Budaya (IB) membuat sidang media mengumumkan programnya sepanjang 2011. Cik Normah sempatlah membelek senarai program yang akan diadakan IB. Memang ada banyak program baru yang menarik dan tidak kurang juga program yang bakal dipentaskan semula. [+]
Dengarnya... Hunny Madu terkilan SIMPATI Cik Normah pada penyampai radio Fly FM, Hunny Madu. Cik Normah diberitahu Hunnya cedera gara-gara tidak perasan dengan wayar yang berselirat di lantai di belakang pentas Anugerah Skrin baru-baru. [+]
|
wtf! stakat copy paste x pyah ltak kt blog.buang mase je
ReplyDeleteAssalamualaikum hamba Allah ...
ReplyDeleteEh .. nie blog aku .. aku punya suka lah ..
Nk copy ke .. nk paste ke .. nk tepek ape skalipun .. ko x suke jgn bace .. susah ke ..